PENGENALAN


KELAB GURU-STAF
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR,  2011

1.0  PENDAHULUAN
Kelab Guru-Staf SMK Taman Tuanku Jaafar telah ditubuhkan seawal tahun 2001 lagi dan ia merupakan salah satu wadah untuk menyatu dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru SMK Taman Tuanku Jaafar. Bagi meneruskan kecemerlangan profesionalisme guru-guru dan staf, Kelab Guru-Staf, SMK Taman Tuanku Jaafar telah merancang beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011 ini. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan hubungan kekeluargaan warga sekolah malah ia juga dapat dijadikan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SMK Taman Tuanku Jaafar.

2.0  OBJEKTIF
a)      Memberikan ruang kepada para guru dan staf SMK Taman Tuanku Jaafar untuk melakukan aktiviti bersama sepanjang tahun.
b)      Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga guru dan staf SMK Taman Tuanku Jaafar.
c)      Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
d)     Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga guru dan staf SMK Taman Tuanku Jaafar, sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.


3.0  TEMA
“Sekolah kita, wajah kita’.